Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Akademik (JTPA) menganjurkan "Pertandingan Sudut SDG" yang kini terbuka kepada semua perpustakaan akademik Universiti Awam dan Universiti Swasta.

Ketahui Selanjutnya

PENGENALAN

17 MATLAMAT


Kenali 17 matlamat Pembangunan Mampan (SDG)

No Poverty

End poverty in all its forms everywhere

Zero Hunger

End hunger, achieve food security and improved nutrition and promote sustainable agriculture

Good Health & Well-Being

Ensure healthy lives and promote well-being for all at all ages

Quality Education

Ensure inclusive and equitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all

Gender Equality

Achieve gender equality and empower all women and girls

Clean Water & Sanitation

Ensure availability and sustainable management of water and sanitation for all

Affordable & Clean Energy

Ensure access to affordable, reliable, sustainable and modern energy for all

Decent Work & Economic Growth

Promote sustained, inclusive and sustainable economic growth, full and productive employment and decent work for all

Industry, Innovation & Infrastructure

Build resilient infrastructure, promote inclusive and sustainable industrialization and foster innovation

Reduced Inequalities

Reduce inequality within and among countries

Sustainable Cities & Communities

Make cities and human settlements inclusive, safe, resilient and sustainable

Responsible Consumption & Production

Ensure sustainable consumption and production patterns

Climate Action

Take urgent action to combat climate change and its impacts

Life Below Water

Conserve and sustainably use the oceans, seas and marine resources for sustainable development

Life On Land

Protect, restore and promote sustainable use of terrestrial ecosystems, sustainably manage forests, combat desertification, and halt and reverse land degradation and halt biodiversity loss

Peace, Justice & Strong Institutions

Promote peaceful and inclusive societies for sustainable development, provide access to justice for all and build effective, accountable and inclusive institutions at all levels

Partnerships For The Goals

Strengthen the means of implementation and revitalize the Global Partnership for Sustainable Development

RUJUKAN


Libraries and the Sustainable Development Goals a storytelling manual

Selanjutnya →


Libraries Map of the World - SDG Stories

Selanjutnya →

SYARAT PERTANDINGAN


1.Terbuka kepada semua perpustakaan akademik Universiti Awam dan Universiti Swasta.
2. Sudut SDG dinilai berdasarkan kriteria menarik, kemas dan berinformasi melalui daya kreativiti serta inovasi.
3. Sudut SDG hendaklah ditempatkan di ruang strategik di perpustakaan.
4. Penyertaan dihantar dalam bentuk rakaman video pendek (format MP4) berdurasi maksimum 5 minit dan dikehendaki menghantar 5 gambar sudut SDG berkenaan dengan tanda pagar #JTPASUDUTSDG.
5. 10 penyertaan terbaik akan dipilih untuk pembentangan secara dalam talian diperingkat akhir pertandingan.
6. Kos pembangunan Sudut SDG ditanggung sepenuhnya oleh institusi peserta.
7. Tarikh tutup penyertaan adalah 31 Mei 2024.
8. Keputusan juri adalah muktamad.

HADIAH PERTANDINGAN



TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 31 MEI 2024

LAPORAN PERTANDINGAN


Pertandingan Sudut SDG (Sustainable Development Goals) 2024 telah dianjurkan oleh Jawatankuasa khas di bawah Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Akademik (JTPA), Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM). J/Kuasa yang menguruskan Pertandingan Sudut SDG Perpustakaan Akademik 2024 terdiri daripada Perpustakaan UPSI sebagai Ketua Projek dan dibantu oleh Perpustakaan UiTM Shah Alam, Perpustakaan UTAR, Perpustakaan MMU dan juga Perpustakaan MSU. Pertandingan ini selaras dengan inisiatif United Nations dan International Federation of Library Associations (IFLA) dalam mempromosikan SDG di seluruh dunia melalui perpustakaan. Ia juga berfungsi sebagai platform untuk memperkasa akses kepada maklumat serta mempromosikan literasi maklumat berkaitan SDG secara kreatif. Pertandingan ini terbuka untuk semua perpustakaan akademik universiti awam dan swasta di Malaysia.

Sudut tersebut dinilai berdasarkan kreativiti, keunikan, dan keinformasiannya. Penyertaan daripada peserta memerlukan video pendek dan beberapa gambar sudut tersebut di perpustakaan masing-masing. Pertandingan ini telah bermula pada 1 Februari sehingga 31 Mei 2024. Sebanyak 16 penyertaan kreatif telah diterima terdiri daripada perpustakaan akademik universiti awam dan penjurian awal telah dibuat pada 16 Julai 2024. Seramai 6 finalis telah berjaya terpilih ke peringkat akhir. Pembentangan akhir projek telah dianjurkan secara maya dimana semua peserta institusi mempersembahkan kreativiti sudut SDG mereka secara dalam talian pada 2 Ogos 2024. Pembentangan akhir ini telah diadili oleh 3 orang juri yang dilantik oleh pihak pengajur iaitu, Dr Nor Hisham bin Ismail (Ketua Penolong Pengarah,Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr Nor Edzan bt. Che Nasir (Ahli IFLA Regional Division Committee Asia Oceania dan Ahli IFLA Information Literacy Section dan juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Persidangan Consal 2025) dan Pn Siti Sumaizan bt. Ramli (Mantan Naib Presiden 1 PPM dan Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Persidangan Consal 2025)

Keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut;

Pertama : Perpustaakan Universiti Malaya (UM)
Kedua: Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Ketiga: Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Penerima Saguhati:
Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya’kub, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia (UUM)

Pertandingan ini telah mendapat tajaan daripada beberapa penerbit iaitu EBSCO sebagai penaja utama di samping penaja-penaja lain seperti Elsevier, United Technology Malaysia Sdn. Bhd dan juga Springer Nature. Aktiviti ini telah berjaya memperkasa peranan Perpustakaan Akademik di dalam menyokong pelaksanaan inisiatif matlamat pembangunan mampan di Universiti. Selain meningkatkan kesedaran dan libatsama warga Universiti terhadap inisiatif SDG melalui aktiviti pameran dan pendidikan kesedaran, pertandingan ini memberi platform perkongsian amalan terbaik Perpustakaan Universiti Awam dan Swasta dalam mempromosi dan menjayakan pelaksanaan SDG. Ini membuktikan daya kompetensi warga pustakawan dalam menjayakan inisiatif SDG secara kreatif serta berinovasi. Terima kasih kepada semua peserta yang menyertai pertandingan ini dan tahniah kepada semua pemenang.

PEMENANG

TEMPAT PERTAMA: PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYA
TEMPAT PERTAMA: PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYA
TEMPAT KEDUA: PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
TEMPAT KEDUA: PERPUSTAKAAN SULTAN ABDUL SAMAD
TEMPAT KETIGA: PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG
TEMPAT KETIGA: PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG


PEMENANG SAGUHATI

1.Perpustakaan Tunku Tun Aminah
2. Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya'kub
3. Perpustakaan Sultanah Bahiyah